Kesan
peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan
suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan
sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan
perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah
keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak
kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang
menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada
tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah
dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama
dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,'
dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.
Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru
ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara
kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan
dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan
dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih
terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971
hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah
seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990.
Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif
utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar
melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi
yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu
diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk
tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak
dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal
dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing
62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan
bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan .
Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam
kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan
kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan
terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah
rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan
bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani .
Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi.
Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan
melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak
terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa.
Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum
bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an
pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti
getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana
dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut
mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik
daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh
kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus
(1983)
Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi
telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975),
dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada
54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan
daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos
pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan
racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.
Strategi
dan Usaha Membasmi Kemiskinan
Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah
mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan
kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira
49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan
luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar ,
program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan
pembangunan tanah . Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dan
kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar
pertanian.
Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan
menambah kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengairan, perumahan,
kesihatan, pengangkutan, pelajaran atau latihan, kemudahan kredit serta
pemasaran dan subsidi pertanian seperti benih dan baja. Kerajaan juga
melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru.
Langkah seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang
pertanian, perikanan dan penternakan. Selain itu kaedah penanaman dua kali
setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut diperluaskan. Badan-badan
berkanun yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA,
RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan
dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar. Oleh sebab itu di bandar juga
turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah,
kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendeknya
langkah menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk
mengurangkan kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan
didapati berjaya dalam usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana
sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100
pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus
kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah
bewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekali pun ia masih di bawah garis
kemiskinan namun ia telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat
berdasarkan angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980.
Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua
cuba menggariskan beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan
ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih
timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan
tujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran
di samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini
lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir
Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan
terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu
pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala
tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta
ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama
Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba memberi penekanan terhadap
pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang Melayu secara lebih
terbuka.
Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun
masalah kemiskinan masih berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar
dan golongan termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi pencapaian
matlamat pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yang
terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Tahun 1990 adalah
tahun berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu
kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka
bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah
memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir
Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan
perpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial
dan politik serta dapat mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN
juga merupakan satu langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di
bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa
perlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah
seperti berikut :
i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi
pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga
termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan
termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada
Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah
sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544
bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM452bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak.
Kira-kira 143,000isi rumah ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong
sebagai keluarga termiskin;
ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu
strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan
Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;
iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk
melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan
iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber
manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.
Apabila diperbincangkan tentang perubahan dan kesan dasar
ekonomi negara ditafsirkan sebagai ‘cara pengurusan’ dan ‘cara pengawalan’
sesebuah ekonomi dan sesebuah system ekonomi. Menurut Abdul Shukor Ariffin dan
Hassan Ali (1982) menyatakan sesuatu dasar ekonomi Negara hanya dapat dilihat
secara dedaktif iaitu tidak secara langsung. Bermulanya sejarah pengenalan
kaum-kaum terbesar di Malaysia menerusi fungsi-fungsi ekonomi. Gejala inilah
yang menjadi bibit-bibit pertelingkahan antara kaum. Pergolakan dasar ekonomi
Negara dalam jangka masa (1957-1969) sebahagian besar dapat dicerminkan melalui
Rancangan Malaya I, Rancangan Malaya II, dan Rancangan Malaysia I. Berbeza
dengan Negara-negara dunia ketiga yang mencapai kemerdekaan mereka secara
revolusi sedangkan Negara kita mencapai kemerdekaan melalui perundingan dan
tolak ansur dengan kerajaan British. Oleh itu perubahan politik di Negara ini
adalah secara berperingkat-peringkat yakni bercorak evolusi. Implikasinya
perubahan dasar ekonomi Negara juga berlaku
secara evolusi di mana perubahan-perubahan besar serta radikal tidak
berlaku ketika mencapai kemerdekaan. Wujudnya kadar political will yang begitu tinggi dalam rancangan Malaysia II dan
Rancangan Malaysia III adalah disebabkan pergolakan yang berlaku pada tahun
1969 iaitu 13 Mei yang mengkehendaki penghapusan masalah asas masyarakat
Malaysia iaitu kekurangan perpaduan antara kaum. Dasar ekonomi baru selalunya
dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei. Tetapi sebenarnya, DEB itu memang telah pun
difikirkan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei dan perancangan Malaysia II.
Za’ba ada menghuraikan tentang kemunduran serta kemiskinan orang Melayu dalam
konteks Ekonomi Tanah Melayu di dalam akhbar tempatan. Za’ba juga menganalisa
dan memberi syor secara implikasi bagaimana hendak mengatasi masalah-masalah
tersebut dan mengikut Ungku Aziz (1982) tentang keperluan untuk menyusun semula
masyarakat dan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
Selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana
Menteri pada masa itu telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Mageran pada
14 Mei. Kemudian pada 16 Mei mesyuarat cabinet telah diadakan di mana
Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik secara rasmi menjadi pengarah Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN).
Strategi
Penyusunan Semula Masyarakat
Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat
dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan
ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi ini bertujuan untuk
menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jika
diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar
penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di
kampung-kampung , kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di
estet-estet dan Cina pula di bandar-bandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan
sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi dan politik juga turut berbeza.
Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usaha-usaha untuk mencapai
integrasi nasional .Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan modal
kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula
pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina .
Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun
supaya pemilikan asing dapat dikurangkan. Begitu juga dengan penguasaan modal
oleh kaum Cina dalam industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi
menseimbangkan penguasaan modal. Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya
menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30%
berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak
asing. Matlamat ini masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia keenam tetapi
tiada jangka masa tertentu ditetapkan untuk pencapaiannya. Berikut adalah
jadual yang menunjukkan pemilikan modal saham dalam sektor syarikatdalam jangka
masa 1971 - 1990.
Persoalan yang timbul adalah adakah corak yang
ditunjukkan itu memungkinkan tercapainya sasaran? Beberapa ciri berikut boleh
diteliti:
i Dalam tempoh 1971 - 1990, peratusan hak milik penduduk
Malaysia telah meningkat daripada 38.3% pada tahun 1971 kepada 57.1% pada tahun
1980 dan 74.9 pada tahun 1990.
ii. Dalam tempoh yang peratus hak milik Bumiputera
perseorangan dan agensi amanah telah meningkat daripada 4.3% pada tahun 1971
kepada 44.6%pada tahun 1980dan 20.3% pada tahun 1990 .
iii. Dalam tempoh yang sama juga hak milik rakyat
Malaysia lain telah meningkat daripada 34.0%pada tahun 1971 kepada 44.6%pada
tahun 1980dan 54.6%pada tahun 1990.
iv. Dalam tempoh yang sama juga hak milik penduduk asing
telah menurundaripada 61.7%pada tahun 1971 kepada 42.9% pada tahun 1980dan 25.1
pada tahun 1990.
v. Membandingkan nisbah 30:40:30 yang ingin dicapai ,
didapati hanya hak milik penduduk Malaysia bukan Bumiputera yang perlu diagih
semula untuk meningkatkan peratusan hak milik Bumiputera.
Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besar
hak milik Bumiputera datang dari sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di
samping Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang
dilaksanakan oleh Permodalan nasional Berhad (PNB). Dalam pada itu Skim ASN
telah berjaya memindahkan kekayaan Bumiputera yang disimpan secara amanah oleh
kerajaan menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera.
Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur Bumiputera iaitu
kira-kira 43% daripada jumlah yang layak melabur. Dalam pada itu hak milik dan
penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kecil
menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan . Contohnya dalam sektor
perdagangan runcit bilangan pertubuhan milik Bumiputera telah meningkat dari
13% dalam tahun 1971 kepada 34.2% pada tahun 1981. Pertambahannya kira-kira
sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971 - `81.28 Bagaimanapun jumlah pemilikan
modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut masih lagi kecil. Daripada jumlah
pelabur itu, 85% melabur sebanyak 500 unit atau kurang. Jadi matlamat DEB masih
tidak tercapai dan ia memerlukan masa dan usaha yang lebih giat ke arah
itu.Dalam usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera
amatlah perlu demi mengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk
menggalakkan penyertaan kaum Melayu atau Bumiputera dalam sektor perkilangan
dijangka akan meningkatkan bilangan pemodal Melayu dan seterusnya membantu
mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang dihasilkan oleh mereka. Dalam proses ini
dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan menikmati menafaat daripda
pertumbuhan berteraskan pengayaan golongan pemodal Melayu atau Bumiputera.
Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan . Ini kerana dalam pasaran bebas terutama
dalam kontek masyarakat Melayu sehingga kini, hanya segelintir sahaja golongan
pemodal Melayu yang muncul. Maka selagi bilangan pemodal tidak bertambah,
selagi itulah negara menghadapi masalah untuk mewujudkan kesan lelehan.
Tambahan pula satu syarat penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi mestilah
tinggi. Dengan demikian masalah agihan pendapatan di kalangan Bumiputera masih
di tahap mendukacitakan . Malah ada pendapat yang mengatakan walaupun faedah
yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak pelancaran DEB
meningkat , namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada kumpulan yang
mengecap nikmat lebih daripada yang lain. Andainya corak ini berterusan, maka
jurang perbezaan di kalangan kaum Melayu akan bertambah . Jadi arus perubahan
ini akan meluaskan lagi masalah ketaksamaan di kalangan kaum Melayu.
KesimpulanPeristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti
dan dipelihara
No comments:
Post a Comment