Sunday 2 December 2012

SURAT PERJANJIAN KERETA



SURAT PERJANJIAN SEWA KENDERAAN
Perjanjian ini adalah dibuat pada ______________   diantara ______________________
(sebagai pemilik kenderaan) dan ____________________________
( Yang mana selepas ini sebagai PENYEWA kenderaan).

BUTIR – BUTIR KENDERAAN
NO PENDAFTARAN      :________________________
MODEL KENDERAAN  :________________________
TARIKH SEWA: BERMULA _______________ JAM _______________ SEHINGGA _______________
JAM _______________.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:
1.      Harga sewa kenderaan ini adalah RM____________ / hari / jam.
2.      KAMI  berhak menuntut bayaran tambahan jika kenderaan ini lewat dikembalikan selepas tamat tempoh sewa seperti di atas pada kadar RM 20.00 / jam.
3.      Kenderaan ini tidak digunakan untuk segala jenis aktiviti jenayah atau kesalahan undang-undang Negara Malaysia.
4.      PENYEWA adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku penyalahgunaan kenderaan ini seperti terlibat dengan segala jenis aktiviti jenayah atau kesalahan undang-undang Negara Malaysia.
5.      Adalah menjadi tanggungjawab PENYEWA untuk membayar semua saman, kompaun atau denda dalam tempoh sewa seperti di atas.
6.      KAMI berhak menuntut sebarang gantirugi jika berlaku sebarang kerosakan / kemalangan yang melibatkan kenderaan tersebut dalam tempoh sewa seperti di atas.
7.      Sekiranya kenderaan tidak ditemui/ hilang/ rosak teruk selepas tempoh sewa kenderaan ini seperti di atas, PENYEWA adalah bertanggungjawab untuk menanggung segala kos yang dikeluarkan oleh KAMI  yang melibatkan kenderaan ini.
8.      KAMI  berhak meminta/ menyimpan salinan Kad Pengenalan/ Lesen Memandu/ Kad Pelajar PENYEWA kenderaan ini untuk tujuan rujukan.
9.      KAMI  berhak menghubungi penama yang diberikan oleh PENYEWA sebagai rujukan untuk tujuan rujukan kepada PENYEWA.


No comments:

Post a Comment